“Ujian ini pasti untuk mengukuhkan lagi rasa cintaku padaMu. Sungguh, Engkaulah segalanya bagiku Ya Allah. Aku sentiasa rebah di jalanMu ini dan aku sedar aku masih bertatih, bertatih dalam menuju rahmat dan kecintaanMu. Aku sedar masih banyak laluan yang payah kerana hubunganku denganMu sebenarnya masih terlalu rapuh dan aku juga masih tidak mampu untuk memikat manusia ke arahMu. Ya Allah, sungguh aku hambaMu yang hina lagi lemah. Izinkanlah aku untuk redha dengan segala ujian dan rintangan yang Kau berikan asal aku tidak berjauhan dariMu, Ya Khaliq.”